KOTA BHARU – Aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sukar dibanteras disebabkan faktor geografi iaitu keluasan sempadan yang begitu besar. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata, kewujudan banyak laluan tikus di sepanjang 134 kilometer sempadan itu juga menyukarkan agensi penguatkuasa membanteras aktiviti tersebut. “Selain itu, ketiadaan rizab sungai dan cadangan supaya dikosongkan rizab untuk dijadikan kawasan rondaan penguatkuasa sehingga kini…










