LONDON 8 Okt. – Suhu dijangka meningkat sebanyak 1.5 darjah celsius antara tahun 2030 dan 2052 sekiranya pemanasan global terus berlaku akibat kegagalan dunia menangani masalah tersebut, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini. Laporan itu dikeluarkan selepas Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IPCC) mengadakan pertemuan di Incheon, Korea Selatan pada minggu lalu. Laporan tersebut dilihat sebagai panduan saintifik utama untuk ahli-ahli politik setiap kerajaan…










