PADANG BESAR 10 Okt. – Pekerja asing dikesan kembali menjadikan sempadan negeri ini sebagai lokasi tumpuan kemasukan secara haram apabila dua kes tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan dalam tempoh seminggu. Tangkapan pertama melibatkan seramai 11 orang PATI warga Myanmar pada 3 Oktober lalu manakala diikuti 11 lagi warga negara sama, pada hari ini. Menurut Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri, Deputi Superintenden Syed Basri Syed Ali, kesemua…










