KUALA LUMPUR – Baru lima hari ditayangkan, filem sarat dengan aksi dan semangat patrotik dalam bidang ketenteraan, Paskal The Movie kini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM7.7 juta. Menurut pengarah Paskal, Adrian Teh tidak menyangka dengan sambutan penonton dan terharu lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu terdapat penonton yang bertepuk tangan sebaik sahaja filem tamat. “Sebagai pengarah sudah tentu saya gembira dengan kejayaan ini. Ramai rakan menghantar pesanan kepada saya mengucapkan terima…










