Pas yakin mampu cipta kejutan PRK Parlimen Port Dickson - Utusan Malaysia

Pas yakin mampu cipta kejutan PRK Parlimen Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Pas masih menaruh harapan calonnya, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar mampu mencipta kejutan pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Port Dickson yang berlangsung esok.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh dua minggu kempen PRK terbabit, calon yang dipertaruhkan partinya diyakini mendapat sokongan sebahagian besar pengundi dalam kalangan anggota tentera dan pesara pasukan keselamatan terbabit.

“Kita meletakkan (calon) seorang (bekas tentera) yang berpangkat tinggi iaitu Leftenan Kolonel (B). Beliau (Mohd. Nazari) pernah menerima latihan dan bertugas di situ (Port Dickson), sudah tentu pengaruh beliau ada di situ. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan sahaja pengundi (tentera) malah pesara tentera juga ramai di situ (Port Dickson). Kita juga mendapati respons daripada bekas tentera sangat menarik dengan sebahagian bear daripada mereka menyokong kita (Pas),” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila di sini hari ini.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili PH, Mohd. Nazari (Pas) dan lima calon bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini