Pas sokong pendirian Johor tidak lulus penganjuran Oktoberfest  - Utusan Malaysia

Pas sokong pendirian Johor tidak lulus penganjuran Oktoberfest 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pas Johor menyokong penuh pendirian kerajaan negeri ini untuk tidak meluluskan sebarang penganjuran pesta arak atau Oktoberfest.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Negeri Johor (BPPNJ), Abdullah Husin berkata, sokongan tersebut adalah berdasarkan pendirian yang sememangnya dipegang parti itu sejak sekian lama.

“Berikutan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang menyatakan pendirian kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang penganjuran pesta arak atau Oktoberfest di dalam negeri Johor, BPPNJ dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tersebut.

“Pada tahun lepas, BPPNJ telah menghantar memorandum bantahan kepada penganjur Oktober 2017 di sebuah hotel di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran atau menolak sebarang permohonan penganjuran majlis seumpama itu adalah wajar kerajaan negeri Johor mengambil kira pelbagai faktor dari sudut kepentingan agama Islam dan juga kepentingan masyarakat majmuk khususnya bangsa Johor. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN