KUNJUNGAN. Hubungan ketenteraan antara Malaysia-Brunei dieratkan lagi apabila Pemerintah Tentera Darat (TD) Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Datuk Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Lampoh mengadakan kunjungan ke Malaysia baru-baru ini. Awang Khairul mengunjungi rakan sejawatannya, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Kedua-dua pemimpin itu kemudian mengadakan pertemuan tertutup bagi bertukar-tukar pandangan melibatkan pasukan tentera kedua-dua negara.










