PEKAN 7 Okt. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, penguatkuasaan operasi khalwat di negeri ini diteruskan seperti amalan yang dilaksanakan sebelum ini. Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bertitah, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berhubung isu berkenaan adalah pandangan beliau tetapi negeri ini akan meneruskan apa yang telah dilaksanakan. “Itu pandangan Yang Berhormat…










