Op PEWA: JPJ Selangor keluarkan 477 saman - Utusan Malaysia

Op PEWA: JPJ Selangor keluarkan 477 saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 18 Okt. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah mengeluarkan sebanyak 477 notis saman terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Mengesan Pemandu Warga Asing (Op PEWA) selama tiga hari bermula Selasa lalu.

Pengarahnya, Nazli Md. Taib berkata, operasi tersebut diadakan dengan kerjasama bersama agensi lain iaitu Jabatan Imigresen Selangor, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang dengan kekuatan serama 80 anggota.

“Bagi operasi ini, kita memfokuskan beberapa kawasan panas yang menjadi tumpuan warga asing yang menjalankan aktiviti mengumpul bahan lusuh. Antaranya di Puchong, Balakong, Subang Jaya, Kajang, Rawang, Kuala Selangor dan Sungai Buloh.

“Hasil operasi kita berjaya menahan 101 warga asing terdiri dari Myanmar, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan India. Kita juga mengambil tindakan dengan menyita sebanyak 97 kenderaan antaranya motosikal tiga roda dan kenderaan perdagangan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN