SHAH ALAM – Northport (Malaysia) Berhad hari ini menafikan pihaknya mengaktifkan siren amaran banjir seperti yang ditularkan menerusi media sosial sejak semalam. Dalam satu kenyataan, Jabatan Komunikasi Korporat Northport berkata, mereka memantau keadaan semasa di pelabuhan dan memaklumkan kepada pihak berkaitan sekiranya air laut di Northport berada pada paras berbahaya. “Kami ingin maklumkan bahawa pihak kami tidak pernah mengaktifkan siren amaran banjir seperti yang dinyatakan di dalam mesej tersebut,” demikian…










