Nor Hisham dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Nor Hisham dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya , Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz yang menamatkan perkhidmatan pada 30 September lepas. 

Pelantikan Nor Hisham sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-12 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Pelantikan berkenaan diumumkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dalam Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Nor Hisham, 62, bersara pada Mei tahun lepas selepas dua tahun di MPSJ sejak 2014 dan disambung menerusi kontrak selama satu tahun atas kecemerlangan beliau.

Beliau berpengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Khalid yakin dengan pengalaman Nor Hisham selama 37 tahun di agensi kerajaan termasuk di Kementerian Wilayah Persekutuan pada tahun 2006 dapat menerajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan cemerlang. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN