KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya , Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam. Beliau menggantikan Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz yang menamatkan perkhidmatan pada 30 September lepas. Pelantikan Nor Hisham sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-12 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2)…










