Nikki Haley nafi bertanding jawatan Presiden 2020 - Utusan Malaysia

Nikki Haley nafi bertanding jawatan Presiden 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 9 Okt. – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menafikan peletakan jawatannya disebabkan mahu bertanding jawatan Presiden menentang Presiden Donald Trump pada pilihan raya 2020.

Sebaliknya wanita itu memberi alasan bahawa `adalah penting untuk memahami sudah tiba masanya untuk berada di tepi’.

Sementara Trump berkata, Haley telah melakukan `tugas yang cemerlang’ dan peletakan jawatannya akan berkuatkuasa pada penghujung tahun ini.

“Beliau telah memaklumkan perkara ini kepada saya kira-kira enam bulan lalu,’’ katanya.

Haley yang merupakan bekas Gabenor South Carolina adalah anak kepada pendatang dari India yang sebelum ini dikenali dengan nama Nimrata Randhawa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN