Nikki Haley letak jawatan Duta AS ke PBB - Utusan Malaysia

Nikki Haley letak jawatan Duta AS ke PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 9 Okt. – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley dilaporkan telah meletak jawatan, lapor media tempatan.

Menurut laman sesawang berita Axios, Presiden Donald Trump telah menerima peletakan jawatan wanita tersebut.

Haley yang sebelum ini ditanya tentang desas-desus itu semasa mengunjungi White House hari ini enggan mengesahkan kepada Reuters perkara tersebut.

Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, Trump dan Haley dijadual bertemu di Pejabat Oval pada pukul 10.30 pagi ini.

Menurut Axios, Haley telah berbincang tentang peletakan jawatan itu dengan Trump pada minggu lalu semasa mengunjungi White House.

Pengumuman tersebut menggemparkan pegawai-pegawai kanan dasar luar pentadbiran Trump. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN