Niena Baharun timang anak sulung - Utusan Malaysia

Niena Baharun timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon drama Jangan Benci Cintaku, Niena Baharun selamat melahirkan anak sulung di sebuah hospital di sini pagi semalam.

Niena, 25, melahirkan bayi lelaki seberat 3.03 kilogram (kg) itu secara pembedahan dua minggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

Tarikh sepatutnya Niena melahirkan ialah pada 8 November ini.

Bayi lelaki itu merupakan hasil perkahwinan pelakon kelahiran Kelantan itu dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN