KUALA LUMPUR – Minuman kopi, Nescafe meraikan ulang tahun ke-80 dengan mengadakan kempen ‘Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia’ dengan mengadakan roadshow di pusat membeli-belah Sunway Pyramid diikuti beberapa negeri lain.
Nescafe dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, roadshow itu diadakan bagi menghargai pelanggan minuman itu yang selama ini menyokong minuman itu.
“Pelanggan berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai program yang diatur ketika roadshow seperti cabaran puisi laju, putar dan menang dan mendapat sampel pelbagai produk Nescafe,” jelas kenyataan itu.
Tambahnya lagi, bagi berkongsi meraikan ulang tahun Nescafe itu, pihaknya turut mengadakan roadshow di pusat beli-belah Queensbay Pulau Pinang (4-7 Oktober) dan Tebrau City, Johor Bahru (25-28 Oktober).
“Di setiap pembelian produk Nescafe bernilai RM100 ke atas anda berpeluang memenangi baucer RM300 AEON dalam cabutan bertuah, jom ramai-ramai ke roadshow Nescafe, raikan ulang tahun ke-80 bersama-sama,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE











