SHAH ALAM – Seorang bekas Ketua Unit Dakwah Jabatan Agama Islam (JAIS) di sini dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi pemberian projek pembekalan kepada syarikat milik abang dan adiknya bernilai RM53,156, dua tahun lalu. Hakim Rozilah Salleh turut memerintahkan tertuduh, Hairul Nizan Mhd. Ideris, 37, yang sebelum ini bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu…