KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas enam pertuduhan pecah amanah milik wang Kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion. Bagaimanapun, Najib, 65, dan Mohd. Irwan, 61, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan Hakim Azman Ahmad. Mengikut pertuduhan pertama, Najib sebagai seorang Menteri Kewangan…










