TANAH MERAH – Bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli. “Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya