KUALA LUMPUR 10 Okt. – Sebelum ini, manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjanjikan autonomi dan membebaskan universiti awam (UA) daripada campur tangan politik. MUHAMMAD NUR MANUTY Walau bagaimanapun, manifesto tersebut seolah-olah tidak ditepati apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Terbaharu, Pengerusi PKR Perak, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty pula dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal…










