PUTRAJAYA 11 Okt. – Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) akan berperanan dalam mengkaji secara menyeluruh isu-isu kepenggunaan yang berbangkit di negara ini dengan menggunakan pengetahuan dan kepakaran ahli-ahli majlis yang terdiri daripada pelbagai bidang. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan memberitahu, MPPN merupakan inisiatif kementerian dalam mewujudkan platform yang berfungsi secara efektif dan menyeluruh demi kepentingan pengguna di Malaysia. Selain itu, katanya, MPPN juga…










