MANCHESTER 30 Sept. – Para pemain dan staf Manchester United percaya Jose Mourinho bakal dipecat pada hujung minggu ini. Tekanan yang dirasai Special One itu semakin meningkat selepas skuad bimbingannya terus mempamerkan aksi longlai setelah tumpas 1-3 kepada West Ham. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kelab itu telah dilanda khabar angin bahawa Zinedine Zidane dikatakan bakal menggantikan Mourinho sebagai peneraju pasukan ekoran kekalahan terbaharu yang menimpa Red Devils. Bagaimanapun, media…