KUANTAN 9 Okt. – Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad mengambil alih tugas Ketua Polis Pahang yang baharu menggantikan Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkuatkuasa esok. Mohd. Zakaria, 58, menggantikan Rosli, 58, yang memulakan tugas baharu sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman. Zakaria mula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1979 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang pada 2013 dan Timbalan Ketua Polis Johor pada 2016. Majlis serah terima tugas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya