MFL belum terima notis – Shazli - Utusan Malaysia

MFL belum terima notis – Shazli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan masih belum menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada pasukan Felcra FC berhubung penarikan diri untuk beraksi pada sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. yang menjelaskan, pasukan-pasukan Liga M masih mempunyai masa sehingga 15 November untuk memberi surat pengesahan penyertaan secara rasmi.

“Kami telah menghantar surat rasmi kepada pasukan-pasukan yang beraksi pada Liga Super dan Liga Premier musim depan untuk mengesahkan penyertaan mereka sebelum 15 November depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, pihak MFL tidak boleh mengesahkan Felcra FC akan menarik diri atau sebaliknya kerana masih ada masa buat mereka mencari penaja bagi mengharungi saingan musim depan.

“Malah, kami masih belum menerima sebarang surat penarikan diri daripada Felcra FC kerana setakat hari ini (semalam), kami hanya mendapat surat penyertaan rasmi daripada pasukan Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Shah Alam semalam.

Sebagai rekod, pengerusi Felda FC, Datuk Mohd. Nageeb Abdul Wahab mengumumkan pembubaran pasukan yang dikenali sebagai The Rivals menerusi sidang akhbar pada Jumaat lalu.

Ia berikutan pelaburan yang begitu besar tidak memberi keuntungan kepada syarikat Felcra Berhad selain tindakan pembubaran itu dianggap sebagai langkah terbaik selepas menilai situasi ekonomi semasa.

Skuad Felcra FC yang dikendalikan oleh Tarcisio Pugliese berjaya meraih tiket automatik ke Liga Super tahun depan selepas menamatkan saingan dalam kelompok dua pasukan terbaik Liga Premier musim lalu di belakang Felda United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini