Messi risau benteng Barcelona - Utusan Malaysia

Messi risau benteng Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANYOL 1 Okt. – Lionel Messi mengakui Barcelona mempunyai masalah di bahagian pertahanan sekali gus menimbulkan rasa kebimbangannya apabila bakal menghadapi Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, Rabu ini.

“Kami tahu pertahanan kami perlu kuat. Musim lalu gawang kami sukar dibolosi namun sekarang dengan peluang sedikit sahaja lawan mudah menembusi pintu gol kami. Kami tidak boleh bolos dalam setiap perlawanan. Kami perlu jadi lebih baik,” kata bintang Barcelona itu.

Barcelona dibolosi lapan gol pada musim ini termasuk ketika seri 1-1 menentang Athletic Bilbao berbanding musim lalu pintu gol mereka bolos sembilan gol ketika saingan liga memasuki pertengahan musim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde berdepan kesukaran apabila tidak dapat menurukan dua pertahanan utamanya.

Pertahanan kanan, Sergio Roberto terpaksa diketepikan akibat cedera di paha ketika menentang Athletic, Sabtu lalu manakala Sameul Umtiti digantung perlawanan.

Valverde cuba merehatkan Messi dan Sergio Busquets ketika menentang Athletic namun dia terpaksa menurunkan kedua-dua pemain tersebut selepas ketinggalan satu gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini