NGAUMAN ‘Harimau Asia’ kembali kedengaran setelah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pulang dari lawatan kerja di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Antara agenda lawatan kerja itu adalah untuk menarik pelabur asing menyertai ekonomi Malaysia. Dengan semangat luar biasa, Perdana Menteri mengajak setiap lapisan masyarakat untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi Sang Harimau dalam ekonomi dunia. Saranan ini tepat dan kena pada masanya. Usaha untuk…










