ALOR SETAR 10 Okt. – Hampir 500 komuniti Rohingya di negeri ini berkumpul di pekarangan Masjid al-Hussain, Seberang Pumpong dekat sini bagi memperingati pemergian saudara-mara serta rakan-rakan mereka akibat kekejaman tentera junta Myanmar. Selain pidato disampaikan pemimpin komuniti tersebut di sini, kesemua mereka yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur turut serta mengikuti majlis tahlil yang dipimpin Imam Masjid Zahir, Mohd. Isa Abd. Rahman. Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Cawangan Kedah, Yusof…










