SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa kementerian dalam masa terdekat bagi mencari langkah komprehensif berhubung isu kilang plastik di Kuala Langat. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ini termasuk pertemuan bersama Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berikutan isu tersebut amat rapat dengan beliau iaitu alam sekitar. “Berbanding menghantar surat lebih baik kita berjumpa membincangkan langkah komprehensif dengan pihak kementerian…










