Mayweather sahut cabaran Khabib - Utusan Malaysia

Mayweather sahut cabaran Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS, Amerika Syarikat – Petinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather memberi ba­yangan akan menyahut cabaran pe­tinju profesional Rusia, Khabib Nurmagomedov yang mahu membuat perhitungan bagi menentukan siapa dinobatkan sebagai ‘Raja Rimba’ semalam.

Terdahulu, Khabib, 30, menerusi rakam video Instagram bersama promoter Mayweather, Leonard ­Ellerbe yang kebetulan terserempak dalam satu majlis di Rusia telah mencabar petinju Amerika Syarikat tersebut dengan menyatakan hanya ada seorang ‘Raja Rimba’.

“Ayuh Floyd. Kita perlu bertarung sekarang,” kata Khabib yang mencabar Mayweather selepas menewaskan jaguh tinju Ireland, Conor McGregor dalam empat pusingan pada kategori lightweight UFC baru-baru ini.

Mayweather, 41, tidak menunggu lama untuk menyahut cabaran Khabib apabila turut memuatkan status pada akaun Instagram miliknya semalam.

“CBS, Showtime dan MGM Grand keluarkan segera buku cek. Mari kita jadikan Las Vegas meriah sekali lagi,” tulis Mayweather.

Mayweather turut pernah menewaskan McGregor dalam gelanggang tinju tahun lalu, manakala Khabib pula tidak pernah tewas dalam kariernya, sekali gus menyaksikan salah seorang daripada mereka bakal memegang status tanpa kalah jika pertarungan tersebut berlaku nanti.

“Kita berdua adalah petinju yang tidak pernah tewas. 50-0 (rekod Mayweather) menentang 27-0 (rekod Khabib).

“Bagaimanapun, di dalam hutan hanya ada seorang ‘Raja Rimba’. Sudah tentunya saya adalah ‘Raja Rimba’ tersebut kerana Mayweather­ dilihat sukar ketika menewaskan McGregor, namun saya kalahkannya dengan mudah sekali. Ayuh bertarung,” cabar Khabib.

Bagaimanapun, Khabib enggan pertarungan diadakan di Arena T-Mobile, Las Vegas, sekali gus menyaksikan pertarungan mereka berdua kemungkinan berlangsung di venue baharu.

“Sama sekali bukan di Vegas, mereka tidak akan membayar saya wang kemenangan,” tegas Nurmagomedov yang belum menerima bayaran hasil kemenangan ke atas McGregor minggu lalu.

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN