SHAH ALAM 16 Okt.- Mayat ditemukan di kunci air Bukit Naga, Seksyen 32 di sini hari ini yang dipercayai pelajar institusi pengajian tinggi swasta, Amir Hamzah Mohd. Rozali perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terlebih dahulu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ujian DNA terhadap mayat itu perlu dijalankan berikutan keadaannya yang sukar untuk dikenal pasti. Menurut Baharudin, mayat tersebut tiada identiti dan dipercayai telah…










