KUALA LUMPUR 10 Okt. – Nasib 20,000 kakitangan MMC Gamuda yang berdepan masalah kehilangan pekerjaan digantung tidak bertali apabila langsung tidak menerima sebarang makluman daripada syarikat terbabit. Kakitangan MMC Gamuda, Ali Abd. Rahim berkata, pihak atasan syarikat belum mengeluarkan kata putus berhubung isu ini dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan pekerja. “Petang semalam ada mesyuarat bersama pihak atasan dan mereka (pihak atasan) hanya maklumkan kerja perlu jalan macam biasa.…










