Semalam Perhimpunan Agung UMNO 2018 melabuh tirai secara rasminya. Ia Perhimpunan Agung UMNO yang paling bersejarah sejak parti itu ditubuhkan 72 tahun lalu. Inilah perhimpunan pertama yang menyaksikan UMNO berada di pihak pembangkang. Ia juga bersejarah untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri apabila menjadi Presiden UMNO pertama ketika UMNO sudah tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Tidak dinafikan berbanding tahun-tahun sebelumnya, inilah perhimpunan UMNO paling suram apabila ia diakui sendiri…