KUALA LUMPUR 14 Okt. – Tindakan pemandu yang meninggalkan kenderaan mereka di bahu jalan menjadi faktor utama kesesakan lalu lintas kritikal berlaku setiap hari di sekitar Pantai Dalam di sini. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Pantai Permai dan Jalan Pantai Murni baru-baru ini mendapati bukan sahaja kenderaan persendirian, kenderaan berat termasuk lori dan bas turut diletakkan di kawasan larangan tanpa menghiraukan keselamatan pengguna lain. Berdasarkan pemerhatian sepanjang dua hari…










