BANDAR BAHARU 10 Okt. – Lebih 10,000 penduduk di mukim Relau, Serdang dan Selama di sini menggesa kerajaan negeri dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) mencari langkah penyelesaian terhadap masalah bekalan air yang dihadapi mereka sejak beberapa bulan lalu. Penduduk Taman Cempaka di Selama, Ayob Saad, 60, berkata, masalah gangguan bekalan air yang berlaku hampir setiap hari selama beberapa jam dan adakala berlarutan beberapa hari perlu diselesaikan segera. “Sejak kebelakangan…










