Marquez sah rangkul gelaran dunia - Utusan Malaysia

Marquez sah rangkul gelaran dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Meskipun masih berbaki tiga perlumbaan, Marc Marquez berjaya me­rangkul takhta Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam pusingan ke-16 pada Grand Prix (GP) Jepun semalam.

MARQUEZ merangkul gelaran ketujuh dalam semua kategori saingan MotoGP apabila muncul juara keseluruhan musim ini selepas mengungguli saingan GP Jepun di Litar Motegi semalam.

Pada saingan tersebut, pelumba Ducati, Andrea Dovizioso yang menguasai sepanjang perlumbaan mampu menangguhkan kejayaan Marquez, namun pelumba Itali itu sekali lagi berdepan kekecewaan apabila terjatuh ketika perlumbaan berbaki dua pusingan untuk tamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegagalan tersebut memberi ke­­legaan kepada Marquez untuk muncul juara MotoGP lebih awal di Litar Motegi selepas mengumpul 296 mata keseluruhan dan meninggalkan Dovizioso dengan perbezaan 102 mata.

Lebih manis ia adalah gela­ran dunia kelima buat Marquez dalam kategori utama tersebut selepas meraihnya pada tahun 2013, 2014, 2016 dan 2017 sebelum ini.

Hasil kemenangan tersebut, pelumba berusia 25 tahun itu menya­mai rekod bekas pelumba MotoGP, Mick Doohan dan memiliki peluang mengejar pencapaian Valentino Rossi (tujuh) dan Giacomo Agostini (lapan).

“Saya rasa sangat baik kerana menjuarai perlumbaan ini. Selepas di Aragon, saya sudah merasakan mampu untuk meraih gelaran di sini (Jepun). Jika anda mempunyai perasaan seperti itu sudah pasti apabila anda akan melakukannya sekiranya terdapat peluang.

“Pada awal saingan, perlumbaan sedikit mencabar tetapi selepas dapat kembali berada di belakang Dovizioso (Dovi) saya yakin mampu mengatasinya dengan menggunakan strategi yang sama seperti pada GP Thailand.

“Saya lihat ada peluang dan terus memecut laju pada pusingan terakhir hingga Dovi melakukan kesilapan. Saya sangat simpati kerana sepatutnya dia bersama saya di podium,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Dalam pada itu, Marquez turut menegaskan, Dovizioso antara pencabar terbaiknya selepas memberi tentangan kepadanya dua tahun berturut-turut dalam perebutan gelaran dunia.

“Saya akui Dovi adalah pesaing terhebat sepanjang tahun ini ke­rana dia mempunyai jentera sangat laju pada musim ini,” ujarnya.

Pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan pelumba Suzuki, Alex Rins di kedudukan ketiga. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini