Marquez ketepikan Rossi 0.011s - Utusan Malaysia

Marquez ketepikan Rossi 0.011s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURIRAM, Thailand 6 Okt. – Pendahulu kejuaraan dunia MotoGP, Marc Marquez terpaksa bertungkus lumus untuk meraih petak pertama dalam Grand Prix Motosikal Thailand, esok sebelum mengatasi Valentino Rossi.

Pelumba Honda dari Sepa­nyol itu terpaksa beraksi dalam kelayakan pertama selepas terbabit kemalangan sewaktu sesi latihan bebas ketiga di se­belah pagi yang menyebabkan dia jatuh ke tangga ke-11 berdasarkan catatan masa keseluruhan yang dilakukannya.

Bagaimanapun selepas berjaya melepasi halangan kelayakan pertama, Marquez cemerlang apabila mengungguli sesi kedua untuk menempah petak pertama di Buriram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Marquez mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 30.088 saat – 0.011s lebih laju berbanding Rossi yang melakar masa sepusingan 1:30.099s, sementara Andrea Dovizioso melengkapkan saingan kelayakan, hari ini di tempat ketiga.

Itu kali adalah petak pertama ke-50 buat Marquez, yang kini mendahului kedudukan kejuaraan dunia dengan 246 mata.

Dalam pada itu, Dovizioso menjadi pelumba tunggal Ducati selepas rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo terpaksa menarik diri setelah terlibat dalam kemalangan teruk semalam.

Rakan sepasukan Ros­si, Maverick Vinales pula berada di kedudukan ke­empat selepas me­lakukan catatan masa 1m30.328s, sekali gus me­letakkan dua pelumba Yamaha berada dalam kelompok empat teratas perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini