MEXICO 13 Okt. – Jumlah kematian dianggarkan terus meningkat minggu ini selepas Taufan Michael membadai dengan ratusan lagi tidak dapat dipastikan di Florida Panhandle memusnahkan sebahagian besar kediaman sehingga terputus bekalan elektrik. Semalam, pihak berkuasa memaklumkan sekurang-kurangnya 18 terkorban akibat bencana itu di Florida, Georgia, North Carolina dan Virginia. Pasukan penyelamat , yang terhalang oleh gangguan bekalan elektrik dan telefon, telah ke setiap kediaman serta menggunakan khidmat anjing pengesan, dron…










