KUALA KANGSAR 10 Okt. – Kemalangan maut yang mengorbankan lima individu termasuk seorang bayi di Kilometer 255.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara kelmarin, dipercayai melibatkan empat keluarga. Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Zahiri Hassan berkata, setakat ini tiga waris telah tampil ke hospital bagi melakukan proses pengecaman dan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Katanya, sampel DNA waris mangsa yang telah diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya…










