ALOR SETAR 10 Okt. – Seramai 550 mangsa daripada 167 keluarga di tiga daerah di negeri ini dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir kilat yang melanda sejak Isnin lalu. Menurut Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi, sehingga 7.30 pagi ini, sebanyak empat PPS dibuka di Kota Setar, lima di Baling dan satu di Kubang Pasu. Di Kota Setar, seramai 138 mangsa daripada…










