Malaysia pelawa syarikat Jerman - Utusan Malaysia

Malaysia pelawa syarikat Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempelawa pembuat kenderaan Jerman untuk menyertai projek kereta nasional ketiga.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming berkata, terdapat banyak syarikat kereta Jerman yang berjaya dalam segmen kenderaan pemasangan tempatan yang dilengkapi banyak kandungan yang diperbuat dalam negara.

“Sekiranya syarikat automotif Jerman berminat untuk meneroka peluang dalam projek kereta nasional ketiga ini, kita bersedia dan terbuka kepada cadangan mereka,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas pertukaran memo­randum persefahaman mengenai kerjasama strategik Malaysia-Jerman serta pelancaran awal Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar, Wilayah Ekonomi Pantai Timur di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini