Malaysia adakan rundingan perdagangan dengan UK pasca Brexit - Utusan Malaysia

Malaysia adakan rundingan perdagangan dengan UK pasca Brexit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan mengadakan rundingan perdagangan dengan United Kingdom (UK) secara berasingan pasca Brexit.

Beliau berkata, Malaysia berhasrat untuk meneruskan hubungan sama ada UK berada dalam Kesatuan Eropah (EU) atau tidak.

“Apabila UK meninggalkan EU (Brexit) , kita akan berunding dengan UK sahaja. Bagi kita, apa yang penting ialah perdagangan dengan negara-negara ini,” kata beliau selepas menyampaikan syarahan mengenai Masa Depan Demokrasi di Asia di Chatham House, Institut Diraja Hal Ehwal Antarabangsa pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

UK dijadualkan keluar dari EU pada 29 Mac tahun depan.

Semasa menyampaikan syarahan, Mahathir berkata, demokrasi bukan secocok untuk semua kerana setiap negara mempunyai budaya mereka sendiri dan sesetengah budaya bertapak dengan kuat sehingga sukar untuk mereka berubah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini