LONDON 3 Okt. – Jose Mourinho enggan melayani Paul Scholes selepas legenda Manchester United itu menyifatkan dia sebagai ‘memalukan kelab’. Scholes mengeluarkan kenyataan tersebut sebelum United seri 0-0 dengan Valencia dalam Liga Juara-Juara di Old Trafford, hari ini. Dia juga terkejut kerana Mourinho masih kekal sebagai pengurus, terutama selepas kekalahan 1-3 kepada West Ham dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu. “Saya tidak perlu tahu apa yang diperkatakannya. Dia boleh bercakap…










