KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250 semalam dipersembahkan dengan taklimat terkini mengenai pertahanan dan keselamatan negara, masing-masing oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu turut menyentuh mengenai pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan serta Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP),…










