ARAU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyediakan peruntukan wang zakat RM2.1 juta untuk diagihkan kepada 10,774 pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan di negeri ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs bertitah, peruntukan itu akan diagihkan segera menerusi kerjasama strategik dengan pihak pengurusan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di seluruh Perlis. “Seramai 5,642 pelajar sekolah rendah dan 5,132 pelajar sekolah menengah di seluruh Perlis yang terpilih akan menerima wang zakat sebanyak RM200 seorang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya