MATANYA leka meneliti barangan kelengkapan rumah yang tersusun indah di kedai perabot tersebut, tetapi tatkala melihat harganya membuatkan Nur Hanis Mohd. Mahayudin, 28, menjadi hampa. Seorang suri rumah sepertinya tidak mampu membeli barangan berharga ratusan mahupun ribuan ringgit dalam sekelip mata. Justeru, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut mencari jalan agar kehendaknya itu tercapai. Dia akhirnya menyertai rakan-rakan bermain kutu duit. “Duit perbelanjaan yang diberikan oleh suami saya gunakan dengan…










