MAIM satukan NGO perangi masalah sosial - Utusan Malaysia

MAIM satukan NGO perangi masalah sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 22 Okt. – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan menyatukan sebanyak 67 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini untuk menyusun strategik secara sistematik bagi mengatasi masalah sosial khususnya melibatkan dadah.

Pengerusinya, Dr. Mohamad Hamzah berkata, sudah tiba masanya semua NGO terbabit disatukan untuk mengatasi masalah sosial serta memberikan pendidikan secara berjemaah kepada masyarakat.

Justeru beliau berkata, persefahaman di antara pertubuhan tersebut amat penting bagi memastikan aktiviti yang dilakukan boleh memberikan kesan terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebersamaan NGO Islam di Kelantan amat penting untuk kita dapat kesepakatan supaya boleh bergerak secara sistematik dan simbiotik ke arah pembinaan masyarakat yang terbaik dan dirahmati Allah. Peranan NGO ini amat penting kerana mereka melaksanakan aktiviti dengan jiwa.

“Sebagai contoh, dalam isu dadah yang semakin membarah tidak mampu untuk ditangani oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sahaja kerana mereka kekurangan anggota, di sini NGO perlu berfungsi,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Perbincangan Meja Bulat (RTD) MAIM di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah malaysia (Yadim) Zon Timur (cawangan Kelantan), Mahadi Awang.

RTD yang dianjurkan dengan kerjasama Yadim itu disertai 40 NGO dari seluruh negeri ini termasuk Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).

Sementara itu, Mohamad ber­kata, hasil perbincangan tersebut sebanyak tujuh aktiviti secara spontan telah dirancang mengikut kluster-kluster yang ditetapkan.

“Kita akan buat projek yang pratikal untuk meningkatkan kesedaran serta memberikan pendidikan kepada masyarakat khususnya dalam masalah dadah yang menjadi punca kepada semua masalah sosial,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini