Mahu buat yang terbaik untuk PD - Utusan Malaysia

Mahu buat yang terbaik untuk PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 12 Okt. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melakukan yang terbaik untuk Port Dickson sekiranya diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen di sini.

Jelas calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson itu, beliau mahu menjadikan Port Dickson sebagai sebuah kawasan Parlimen yang terbaik di antara kawasan lain di seluruh negara.

“Untuk Port Dickson, kawan-kawan boleh percaya sama saya, saya mahu buat yang terbaik untuk angkat Port Dickson paling maju dalam negara kita,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Penutup Tirai Kempen PRK Parlimen Port Dickson di Dewan Kelab Sukan Pasir Panjang, di sini malam ini.

Sementara itu, Anwar turut berpesan supaya para pengundi untuk tidur lebih awal malam ini dan seterusnya dapat keluar mengundi lebih awal esok.

“Tidur awal, tutup lampu cepat-cepat, esok kena bangun awal sebab petang mungkin hujan lebat, mahu undi awal.

“Malam kita tengok keputusan, kita doa, insya-Allah kita menang kawan-kawan beri sokongan.. masa itu kita boleh berhimpun, kita gembira sikit. Kalau kalah saya tunggu juga sebab lawan tetap lawan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini