Mahkamah tolak permohonan bapa Altantuya - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan bapa Altantuya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bapa Altantuya Shaariibuu, Shaariibuu Steve untuk menggunapakai keputusan kes pembunuhan anak perempuannya itu bagi kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga warga Mongolia itu pada 2007.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu di dalam kamar hakim hari ini.

Peguam plantif, Sangeet Kaur Deo berkata, mahkamah menolak permohonan itu berdasarkan Seksyen 43 Akta Keterangan yang memerlukan plantif membuktikan semula kes pembunuhan bekas model itu.

“Seksyen itu melarang penggunaan sabitan jenayah di dalam kes sivil. Ia adalah berdasarkan sistem perundangan di United Kingdom,” katanya.

Shaariibuu pada Julai lalu memfaikan permohonan untuk mengguna pakai keputusan kes jenayah dalam saman sivil yang diambil oleh keluarganya terhadap Azilah Hadhri; Sirul Azhar; penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia untuk menuntut pampasan RM100 juta.

Permohonan yang difailkan itu antaranya membabitkan sabitan bersalah dua tertuduh utama kes pembunuhan warga Mongolia itu iaitu Azilah dan Sirul.

Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 mendapati Azilah dan Sirul bersalah membunuh Altantuya dan menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati terhadap kedua-dua mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN