GUA MUSANG 10 Okt. – Longkang besar yang tidak ditutup rapi berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang di Bandar Lama, di sini sejak tiga bulan lalu mengundang kebimbangan orang ramai, terutama ibu bapa kepada murid di sekolah tersebut. Hal ini kerana lubang yang terbuka luas itu mendedahkan anak mereka kepada bahaya dan seolah-olah menjadi ‘perangkap maut’ yang hanya menunggu korban pertama jatuh ke dalamnya. Mereka mendakwa, lubang longkang sedalam tiga meter itu sebelum ini memang ditutup dengan jeriji besi namun tiga bulan lalu, pihak kontraktor membuka penutup bagi melakukan kerja-kerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya