Letupan kuat, gegaran di Ipoh tiada kaitan gempa bumi - Utusan Malaysia

Letupan kuat, gegaran di Ipoh tiada kaitan gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Okt. – Letupan kuat disusuli gegaran di sekitar daerah ini hari ini belum diketahui puncanya namun ia bukan disebabkan oleh gempa bumi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, tiada sebarang isyarat atau amaran gempa diterima alat pengesan gempa bumi.

“Tiada gempa bumi dikesan oleh alat gempa di sekitar negeri Perak, sekaligus tiada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan gempa bumi, bukan fenomena alam. Fenomena apa kami tidak tahu kerana tiada sebarang isyarat dikesan alat pengesan gempa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Letupan kuat disusuli gegaran yang dirasai di kebanyakan tempat di sini hari ini dalam radius yang agak besar sehingga ke pinggir bandar raya ini.

Ini mencetuskan tanda tanya terutama netizen di laman sosial menyebabkan muncul pelbagai dakwaan punca kejadian tersebut.

Ada yang mendakwa ia berpunca daripada proses meletupkan batu di kawasan kuari di Simpang Pulai dekat sini sehingga tular rakaman video kerja-kerja letupan sedang dijalankan.

Namun setakat ini pihak berkuasa belum dapat mengesahkan punca letupan dan gegaran tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini